Monday 17 November 2014

jalan-jalan KL Birds Park

Assalamualaikum :)

first of all, saya memohon maaf sebab entri kali ini ditulis dalam BM dan BM saya agak bersepah..they say practice makes perfect ;)

tajuk macam aktiviti hebat padahal tak hebat mana pun..hebat jugak la sebab kami berjaya melawat KL BirdsPark tanpa  budak 2 beradik ni buat perangai dan dalam keadaan cuaca yang tak menentu..hujung tahun kan musim tengkujuh, hujan sokmo..

last week, on the 9th, kami berjalan ke KL Birds Park..bawa budak 2 beradik ni jalan-jalan..sekali sekala bawa mereka mengenali alam semulajadi kan, takkan la nak pusing shopping kompleks je kan..buat menghabiskan duit je, nanti mesti ada terbeli itu terminat ini la..lagipun kebetulan cuaca hari tu panas, maka apa salahnya kita buat aktiviti luar..mak budak ni pun perlukan aktiviti bakar lemak ha..kiranya satu senaman la untuk maknya, turun naik bukit..


cantik kan burung merak ni? peramah pulak tu, tak takut manusia langsung..kita jalan sebelah pun dia tak heran..siap jalan seiring sejalan lagi..

burung-burung kat KL Birds Park memang tak takut manusia la..lagi datang dekat ada la..i guess inilah yatikan utama taman burung ni..

harga tiket untuk dewasa dalam rm25 (mykad) dan kanak-kanak rm12..mula-mula tu rasa macam mahal jugak, tapi bila dah masuk baru rasa macam okay harganya sebab taman ni memang besar dan burung sangat la banyak..memang patut la harga macam tu sebab nk cover segala macam kos kan..
KL Birds Park ni ada banyak zone..the first zone yg kita masuk ialah free-roaming zone..burung terbang, jalan, makan sebelah kita je..mula-mula tu takut jugak, dah banyak sangat jadi macam okay je..budak-budak memang suka kat sini sebab main kejar-kejar dgn burung..tapi biasa la, anak saya jenis lambat, budak 2 tu jenis observe dulu..dh lama baru nak kejar burung..


laluan jalan kat zone ni agak licin sebab selalu dibersihkan atas sebab-sebab hygiene..sana sini mesti ada sisa-sia buangan burung-burung tu..makanya kena berhati-hati bila berjalan..kat sini ada kiosk makanan ringan, tapi kiosk ni pun byk burung melepak..so orang beli makanan, makan somewhere nearby ditemani burung yang sibuk nak sikit makanan kita..



the next zone ni kawasan burung yang dalam cage..ada hornbills, ostrich, parrots, owls, etc..monyet pun ada..
mula-mula terkejut jugak tgk monyet lepak kat tepi burung..tapi dh burung tu buat tak tau, kita pun buat tak tau je la...


cuma yg bagusnya zone ni agak bersih la sebab burung semua dalam sangkar kan....they do their business inside their cages la kan..teehee..they also have educational center, photobooth, a small kiosk and even a restaurant..photobooth kat sini lagi besar dr yg kat zone mula-mula..tapi harga pun lagi mahal..


perkara paling penting kalau nak datang, sila lah pakai pakaian dan sepatu yang bersesuaian..KL Birds Park ni terletak kat lereng bukit..jalan pun ada yang licin..lupakanlah high heel bagai..saya pakai sandal je, husband pun pakai selipar biasa je..kaki pun tak sakit nak turun naik bukit..tapi letih jugak la nak menolak stroller gedabak tu ha..

walaupun letih, saya rasa berbaloi sebab budak 2 beradik tu happy berlari sana sini, muka kagum tgk burung..
kanak-kanak mesti suka..

Friday 7 November 2014

baby girl is 1..happy birthday..


baby girl is 1..
i'm one happy mum..

happy birthday Fatinah Zainab..
mama loves u with all my heart and soul..i will do everything to make u happy and healthy..

Alhamdulillah, you have achieved so many milestones before you even reached that one year age..your first teeth at 4 months old, your first crawl at 7/8 months old and your first baby steps at 10 months old..good job baby girl..

mama wishes you all the best..may you grow up healthily and happily..may u be blesses with never-ending love and support, great success and life..

we are proud of you..mama, papa and abang love you..you are our one and only Fatinah Zainab..bak kata nenek, adik ni lain dari cucu yang lain, adik ni penyeri, budak bijak, anak rezeki sebab cara adik jalan kaut rezeki..aminn, mudah-mudahan benar kata nenek ye adik..

Monday 3 November 2014

rumah atau kindy? koleksi outdoor toys/rides

assalamualaikum semua..
how are you? i'm doing good here..still feeling happy being a SAHM, has no plan to start looking for jobs yet..hahaha..syok rupanya jadi SAHM..

and the kids have grown bigger and naughtier..they sure have lots of things to do around the house..petang-petang suka berjalan ambik angin depan rumah, walaupun takde angin mana sebab rumah mengadap matahari turun..panas lagi ada la..

semenjak si adik dh pandai berjalan, mamanya ni dah tak kisah nak bawa mereka jalan petang..bukannya apa, si abang tu pun kadang malas berjalan jadi ada masa dia nak berdukung..tak ke jenuh nak dukung 2 beradik tu..

budak 2 beradik ni kalau tak keluar dr rumah tak sah..kalau tak dpt keluar mesti macam serba tak kena..itu antara sebab petang-petang mamanya terpaksa rajinkan diri..bawa mereka jalan-jalan kejiranan atau just main dlm kawasan rumah..nasib baik rumah byk tanah, boleh la buat mini playground..


semua ni kami beli di warehouse sale atau balik beli kat bundle..yg slide+swing set tu beli di warehouse sale mydear, dpt la dlm 40% less..yang mainan mcm kuda tu, scooter tu kami beli di bundle kat kg..semua 4 mainan (kuda little tikes + scooter + tricycle + scooter ayahsu mereka) dlm rm130..tak ke murah tu? berbaloi..

kebanyakan barang kat bundle ni dari singapore..condition pun okay, in fact byk barang yang masih elok..jadi tak salah pun kami rasa beli brg bundle..kami dh belek sehabisnya sebelum beli sebab nak pastikan barang tu mmg elok..

ini contoh mainan kat bundle tu..sy ambikkan gambar untuk aunty sy sebab dia tak sempat nak singgah, kedai tutup cuti raya..

kebanyakan mainan ini dr jenama Little Tikes..mmg a well-known brand kan..basikal Little Tikes yg pink tu dia letak harga rm100 tapi boleh dpt rm60 kalau rajin kecek, dh try tu yg tau dpt tu..hehehe..tak ke murah tu..moh kita beli brg bundle, jimat dan elok..


ada yang tanya kenapa berbelanja sampai mcm tu sekali? saya dan suami punya pandangan yang biarlah berbelanja utnuk anak daripada kita berbelanja bagai nak rak untuk diri sendiri..itu pendirian kami suami isteri..lagipun tak rugi pun berbelanja untuk anak-anak kalau kita tau masa untuk membeli yang sesuai..beli time sale, takpun beli kat bundle macam saya 😜

lagipun sy takut la kan sekarang ni byk sgt kes culik budak..tak sanggup sy nak menghadapi semua itu jadi biarlah kami keluarkan duit sikit asalkan anak-anak ada depan mata kami..buat playground sendiri, boleh kami tengok anak-anak dengan senang hati..