Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

maksud disebalik nama

Assalamualaikum..
this is a long overdue entry..entah kenapa macam tak tersudah-sudah entri ni..

i have people asking about the meaning behind my kids' name..kadang saya ingat maksud nama mereka, kadang tak pasti..teehee

Ahmad Firash: hamparan yang terpuji/pujian yang meluas..
sebenarnya kami ingtakan Firash bermaksud yang tajam akal tapi itu ialah maksud bagi Firas..kami memilih nama Firash sebab memang berkenan maksud ketajaman akal..bila dah mendaftar nama baru tau yang ada maksud lain..ada yang berkata Firash bermaksud hamparan..tapi mengikut kata abang ipar husband (dia belajar sekolah arab, belajar kat sana), maksud Firash bila digabungkan dgn Ahmad ialah hamparan pujian yang meluas..maka bila digabungkan masih membawa maksud pengertian yang elok..

Fatinah Zainab: haruman yang mengagumkan..
Fatinah bermaksud yang bijaksana, mengagumkan, menarik perhatian..Zainab pula nama puteri Rasulullah s.a.w, ia juga nama sejenis pokok yang harum dan wangi..

saya percaya kita sebagai ibubapa inginkan nama yang terbaik dan yang sesuai..moden atau klasik, asalkan bermakna dan bersesuaian sudahlah..

Monday, 17 November 2014

jalan-jalan KL Birds Park

Assalamualaikum :)

first of all, saya memohon maaf sebab entri kali ini ditulis dalam BM dan BM saya agak bersepah..they say practice makes perfect ;)

tajuk macam aktiviti hebat padahal tak hebat mana pun..hebat jugak la sebab kami berjaya melawat KL BirdsPark tanpa  budak 2 beradik ni buat perangai dan dalam keadaan cuaca yang tak menentu..hujung tahun kan musim tengkujuh, hujan sokmo..

last week, on the 9th, kami berjalan ke KL Birds Park..bawa budak 2 beradik ni jalan-jalan..sekali sekala bawa mereka mengenali alam semulajadi kan, takkan la nak pusing shopping kompleks je kan..buat menghabiskan duit je, nanti mesti ada terbeli itu terminat ini la..lagipun kebetulan cuaca hari tu panas, maka apa salahnya kita buat aktiviti luar..mak budak ni pun perlukan aktiviti bakar lemak ha..kiranya satu senaman la untuk maknya, turun naik bukit..


cantik kan burung merak ni? peramah pulak tu, tak takut manusia langsung..kita jalan sebelah pun dia tak heran..siap jalan seiring sejalan lagi..

burung-burung kat KL Birds Park memang tak takut manusia la..lagi datang dekat ada la..i guess inilah yatikan utama taman burung ni..

harga tiket untuk dewasa dalam rm25 (mykad) dan kanak-kanak rm12..mula-mula tu rasa macam mahal jugak, tapi bila dah masuk baru rasa macam okay harganya sebab taman ni memang besar dan burung sangat la banyak..memang patut la harga macam tu sebab nk cover segala macam kos kan..
KL Birds Park ni ada banyak zone..the first zone yg kita masuk ialah free-roaming zone..burung terbang, jalan, makan sebelah kita je..mula-mula tu takut jugak, dah banyak sangat jadi macam okay je..budak-budak memang suka kat sini sebab main kejar-kejar dgn burung..tapi biasa la, anak saya jenis lambat, budak 2 tu jenis observe dulu..dh lama baru nak kejar burung..


laluan jalan kat zone ni agak licin sebab selalu dibersihkan atas sebab-sebab hygiene..sana sini mesti ada sisa-sia buangan burung-burung tu..makanya kena berhati-hati bila berjalan..kat sini ada kiosk makanan ringan, tapi kiosk ni pun byk burung melepak..so orang beli makanan, makan somewhere nearby ditemani burung yang sibuk nak sikit makanan kita..



the next zone ni kawasan burung yang dalam cage..ada hornbills, ostrich, parrots, owls, etc..monyet pun ada..
mula-mula terkejut jugak tgk monyet lepak kat tepi burung..tapi dh burung tu buat tak tau, kita pun buat tak tau je la...


cuma yg bagusnya zone ni agak bersih la sebab burung semua dalam sangkar kan....they do their business inside their cages la kan..teehee..they also have educational center, photobooth, a small kiosk and even a restaurant..photobooth kat sini lagi besar dr yg kat zone mula-mula..tapi harga pun lagi mahal..


perkara paling penting kalau nak datang, sila lah pakai pakaian dan sepatu yang bersesuaian..KL Birds Park ni terletak kat lereng bukit..jalan pun ada yang licin..lupakanlah high heel bagai..saya pakai sandal je, husband pun pakai selipar biasa je..kaki pun tak sakit nak turun naik bukit..tapi letih jugak la nak menolak stroller gedabak tu ha..

walaupun letih, saya rasa berbaloi sebab budak 2 beradik tu happy berlari sana sini, muka kagum tgk burung..
kanak-kanak mesti suka..

Thursday, 6 February 2014

bila anak-anak demam berjemaah

anak-anak demam.

waa, bila anak-anak demam berjemaah, mak bapak kelam kabut berjemaah..


dua hari sebelum raya cina hari tu si Firash dan Fatinah demam, Firash mmg demam panas..cek temp bdh dh 38++. apa lagi masuk ubat montot la.. then the body temp turun la sikit tapi mlm tu naik blk..Fatinah pulak temp tak berapa tinggi dlm 36, 37 mcm tu tapi kami still risau la.. mmg selalu monitor body temp budak2 ni je keja maknya ni ha..dh mcm nurse pulak, termometer tu duk bw hulu hilir..kejap cek temp adik, kejap cek temp abg.

tapi sebabkan abg dh besar, we didn't worry much..bukan la tak risau tapi mcm kurang sikit la sbb dh blh bw dia g klinik biasa je.. tapi adik kan baru 3 bulan, so kerisauan tu lebih la..kalo sakit je nk kena g cari klinik kanak-kanak jumpa paed, kami tak berani nk bw dia g klinik biasa..maknya ni berkeras nk g jumpa paed jugak. dh la nk raya cina, mmg tak dpt la nk jumpa paed adik sbb dia dh bercuti dh..makanya kami jumpa la paed abg..diorg ni paed lain-lain ye sbb adik still jumpa paed yg rawat dia masa dia lahir.. so makanya kami pun ke kajang la ke klinik pakar kanak-kanak dr.Saiful..ramai jugak org, mungkin sbb sekarang ni tgh musim budak/baby demam and mungkin jugak sbb dh nk raya cina kan..doc byk dh bercuti (mcm paed adik).. dr.Saiful ckp demam adik tak teruk, just batuk and selsema je..so he prescribed some meds for fever, flu and cough..he asked us to monitor Fatinah for few days..

dlm pada tu, kami pun ada usaha cara tradisional la..bukan g bomoh atau bidan ye, ni guna bahan semulajadi.. baca kat google, ramai ckp bwg putih elok utk legakan batuk berkahak.. kami pun cuba la..caranya ialah amik beberapa ketul bwg putih, bakar smpi hitam tapi jgn la smpai hangus..dh bakar tu, tumbuk tapi jgn la smpai lumat mcm nak masak tu..and then campurkan minyak masak..kami campurkan dgn olive oil je sbb dh mmg ada olive oil jadi guna la sbb nk abiskan olive oil ni.. then sapu la kat dada si adik..mmg adik berbau bwg ye..baju pun bau bwg.. nk kata dpt legakan batuk tu tak la, tapi kami perasan bila sapu bwg tu kat dada adik, mula-mula tu dia meronta tapi lepas tu dia senyap..tak lama lepas tu dia mcm ngantuk..mungkin sbb bwg kan panas, dh lama tu bwg tu ada kat dada dia, dia rasa sedap tu yg nk tido kot.. nk kata batuk tu hilang, tak jugak..Fatinah still batuk..yelah, batuk kan lmbt nk sembuh..tambah-tambah lagi bila dh berkahak.. kami juga bagi ubat yg paed prescribed..

and kami jugak mandikan anak-anak dgn air rebusan daun pokok bunga raya..ini petua dr ayah mentua..memang bila cucu-cucu dia demam, dia akan pesan suruh mandikan dgn air daun bunga raya.. caranya, rebus je daun bunga tu dlm periuk..bila dh mendidih, campur la dlm air mandian anak-anak..mandi je mcm biasa.. si Firash, kalo mandi dgn air ni, kejap je panas bdn dia turun..si Fatinah pulak kena mandi 2 3 kali jugak la baru suhu badan dia turun.. yang selebihnya ialah berdoa pd yg Allah..kita dh usaha kan, dh bw anak jumpa doctor, dh rawat guna bahan semulajadi.. Allah yg tentukan segalanya..

Wednesday, 5 February 2014

new stroller in the house: Baby Jogger City Select Double/Tandem

Assalamualaikum.. apa khabar semua? harap sihat lah hendaknya ye.. kami di sini Alhamdulillah sihat sentiasa..sy pun dh start keja dh.. rasa mcm lemau je nk g keja mengenangkan fatinah yg terpaksa ditinggalkan di daycare.. tapi apakan daya, demi sesuap nasi kena la tabahkan hati kan.. kali ni, sementara punya waktu lapang di ofis ni, sy nk bercerita tentang stroller baru kami..
yay, gembira yg sgt dpt beli stroller ni..biarlah pokai gile pun tapi asalkan dpt stoller idaman ni, mau tak pokai harga dekat 3k weh..lepas buat byr wish tu selama 2 bln tau tak anak-anak ku oii.. tapi takpelah, demi anak-anak.. so far, anak-anak memang suka stroller ni, mak dia lagi la..senang keja kami..takyah pening nk tolak dua stroller asing-asing. takyah pening nk dukung sorg sementara sorg lagi duk dlm stroller.. and parents boleh choose nak letak anak mcm mana..dua-dua facing dpn boleh, dua-dua faing mak bapak boleh, sorg facing dpn sorg facing mak pun boleh..facing each other pun boleh..syok kan..
setakat ni, kami cuma buat mereka facing kami je..sbb si adik kecik lagi kan..jadi bila dia nmpk muka mak dia yg tak berapa ayu ni, dia rasa selamat la.. kenapa kami beli tandem stroller ni? anak kami yg sulung tu mmg tak suka berjalan..abis lama dia berjalan pun 5 minit, lepas tu dia buat drama mintak kita dukung..ko sanggup ke dukung budak 19kg lama-lama? boleh patah pinggang..si adiknya pulak tak suka org dukung lama2..dia nk baring..jadi lupakanlah harapan nk guna sling wrap ke baby carrier ke sbb mmg dia tak mau..
ada org tanya kenapa tak beli asing-asing? beli je la lagi satu sbb dh ada sau kan..mcm ni la, kami ni berdua je..takde org gaji ke adik2 yg selalu ikut kami..jadi kalo kami ada dua stroller, makanya masing-masing kena handle satu stroller. kalo setakat jln2 biasa boleh la..cuba time nk g beli brg dapur, sape nk tolak shopping trolley tu..si Firash mmg takkan duk dlm trolley tu..confirm dia akan buat drama kat situ.. maka sbb tu la kami gagahkan diri beli baby jogger city select double ni..mmg la mahal benar, besar benar and berat tapi lama2 okay je..mmg la makan space, wish yg besar tu pun kami rasa mcm kecik je bila dh simpan stroller ni kat belakang..sebenarnya takde la besar mana, muat je masuk montot myvi (kena cabut tayar ye).. lagipun stroller ni blh je jadi single stroller..jadi takdelah istilah membazir bila anak-anak dh besar nanti, dh taknak duk dlm stroller ni.. so overall, mmg memuaskan hati..syok pun ada..si abg tu, masa mula2 beli, asyik nk duk dlm ni je..
kalo ada parents yg teringin tapi tak pasti nak ke tak, boleh la g parkson..ada jual kat parkson..boleh godek2 kat situ..yelah, kena test drive baru la tau kan sesuai ke tak..harga? tak sure pulak berapa kat parkson..kami beli kat kedai Fabulous Mom, masa tu tgh sale (from 3+++ jadi 2499) tu yg tak fikir pjg dh tu, terus beli dh walaupun lepas beli tu terus rasa sesak nafas sbb kena ikat budget..

Friday, 29 November 2013

newborn baby kembung perut@colic@sarat(bahasa kelantan)

Assalamualaikum semua..

sihat? semoga sihat sentiasalah hendaknya..

Alhamdulillah, usia baby sy dh 23 hari (hari baru, belum bulan)..

kesihatan sy pun dh semakin baik, semakin cergas..mcm mana tak cergas, segala jenis ubat dan herba sy telan..berpantang kali ni sy consume Shaklee atas cadangan ofismate..sgt best dan berbaloi..selain dr tu sy juga minum jeli gamat supaya luka kat bwh tu cepat sembuh..air rebusan manjakani pun sy minum hari2 tapi kdg2 ngelat jugak la sbb pahitnya yg amat..

oh ya, sy sebenarnya nak bercerita ttg salah satu sakit yg common among babies (menurut google ye)..

adik Fatinah baru2 ni meragam yg amat sgt..the first 17 days tu adik okay je, tak byk meragam..tido mlm pun okay..tapi itu semua sementara je rupanya..adik sh mula meragam especially malam.asyik nangis je, nyusu pun payah, taknak tido atas tilam, nk org riba je..lepas tu kejap2 nangis smpai org igtkan kena sawan tangis..kdg2 tu kami igtkan adik kena gangguan ke apa ke..dia punya nangis tu smpai merah muka (nasib baik tak biru)..
disebabkan tokmanya risaukan cucunya, tokma dia ajak la papanya Fatinah g berubat, tgk kenapa..rupanya adik Fatinah ada penyakit sarat, org luar kelantan panggil kembung perut atau nama medicalnya colic..sakit ni mmg common among newborn babies (kata google) and ada tu smpai umur 4 bulan br hilang..tapi jgn risau sbb ianya akan hilang dgn sendirinya..ish, tapi kan mak bapak mana la yg takkan risau kalo anak yg br lahir nangis tak henti berjam lamanya..

and it turned out that i too had this before..bukan sy je, adik2 sy pun kena jugak dan ada sepupu2 yg senasib..keturunan rupanya..kesian adik, kenapa la sakit ni jugak yg adik dpt dr mama adik oi..adik tak ikut rupa mama tapi adik ikut perangai dan hal2 lain ye adik ye..abg Firash pulak fotostat muka mama tapi perangai dan lain2 tu ikut papa..my mum ckp sy dulu masa kecik pun ada sakit ni, in fact menurut mak sedara dan nenek sy, sy dulu lagi teruk dr adik Fatinah..mlm mmg tak tido langsung, nangis je keja..adik ni tido jugak la..
 kesian adik, kami tak sanggup nk tgk anak yg baru lahir nangis tak henti..

disebabkan tak tahan tgk adik nangis, bermacam tempat jugak la kami pergi..mula2 g jumpa poksu kat banggol kuim, dia bg air tawar dan kapur utk sapu kat perut..lepas tu kami ke labok pulak, jumpa pokya mintak dia urutkan adik..

esoknya, misi/nurse dtg rumah check sy dan baby..my mum bgtau la misi tu yg adik meragam mlm2 sakit sarat, pastu ada misi ckp anak dia dulu pun kena mcm ni jugak and dia cadangkan kami g jumpa Dr.Shafee..misi ckp ubat dia molek..ptg tu jugak my mum g clinic bw baby..Dr prescribed ubat utk adik..


tak puas hati, esoknya pulak, tokma ajak kami g jumpa tok bidan kg..ada sedara mara kami ckp toksu tu boleh tgkkan baby sakit sarat..maka kami pun ke sana la..kali ni sy pun ikut sekali sbb toksu nak mak baby ada sekali..

Alhamdulillah, sekarang ni adik dh jrg nangis malam..adik pun kerap kentut je..bagus la kan, tu tandanya angin dh kuar dr bdn adik..kami pun tak tau la rawatan mana yg serasi dgn adik, yg urut ke atau yg ubat ke atau yg air tawar ke..

selain dr g jumpa tukang urut dan tok bidan, kami jugak sapukan minyak telon Bayini..sebelum ni kami sapu vicks baby je..kali ni dh tukar guna minyak bayini pulak sbb lagi panas dan sesuai utk baby  yg ada angin ni..

kami tak guna minyak yuyi sbb hubs sy tak suka..hehehe..boleh pulak mcm tu kan..lagi satu, gripe water mmg kena sentiasa ada..agak berkesan untuk mecegah angin kembung..gripe water tu mmg ada la, mmg sentiasa bagi..abg Firash dulu pun guna gripe water ni jugak..

harap2 adik akan cepat sihat..kesian adik, asyik nangis je bila malam (yelah mlm kan sejuk, angin lagi senang masuk bdn)..papa mama dgn tokma pun dh tak letih dh adik, campur dh tak tau nk buat apa bila adik meragam..

Sunday, 24 November 2013

cuti berpantang: 2 weeks

Assalamualaikum semua..

apa khabar? harap sihat la ye semuanya..
saya pun sihat Alhamdulillah..baby pun sihat..

Alhamdulillah, sy selamat melahirkan baby no 2 pd 7 November 2013..edd was 15/16 Nov..adik nk kuar awal seminggu, sama mcm abg dia..Alhamdulillah, it's a girl, Fatinah Zainab bt Mohd Fahami..

dan Alhamdulillah, proses bersalin adik pun agak senang mcm abg dia..pagi tu sy start rasa sakit pkl 8 pagi, masa tu tgh antar abg kat daycare/taska..tapi sy rasa mcm sakit sikit je ni so sy terus la ke ofis..smpai ofis rasa mcm sakit mcm kerap dan kuat..rasa mcm semacam je sakit ni so pun google la tanda sakit contraction bagai..dlm pkl 10 mcm tu sy decide baik g hospital, so sy bgtau bos la yg sy nk blk sakit..hahaha, berbakul kena marah dgn bos, sampaikan dia siap offer nk antarkan ke hospital..sy ckp takpelah sbb sy akan call hubs kejap lagi, yg akan smpai dlm 10mins sbb kami sama2 keja di cyberjaya..okay, so sy pun kemas meja, kemas brg sambil g jumpa teammates bagai, siap peluk cium bagai pdhal tgh sakit ni..bos siap escort smpai ke lobby tau..so i left office pkl 11lebih and terus ke Columbia Asia Balakong..smpai dlm pkl 12, igt nk jumpa Dr.Norshida dulu tapi nurse ckp q pjg lagi so dia akan antar sy ke labour room utk monitor contraction dulu pastu baru dia akan panggil Dr.Norshida..so kami naik la atas, buat ctg bagai..nurse ckp contraction tak kuag mana so dia nk check bukaan jap..masa tu pkl 1, dia check dia terkejut sbb katanya dh 5cm..terus dia kata awak bersalin hari ni ye, jgn blk sbb dh 5cm ni..so sy pun okay la, tukar baju hospital, siap2 utk tunggu dr..dlm pkl 2 nurse dtg check bukaan dh 8cm, terus diorg kelam kabut sbb masa tu Dr.Norshida ada operation c-sect patient dia..nasib baik la air ketuban masa tu tak pecah lagi, kalo tak mesti baby kuar tanpa doctor..tunggu punya tunggu, doctor dtg pkl 3, dia cek dh fully dilated and dia pecahkan air pastu 3.35 lahir la adik..masa tu lega gila rasanya..mcm ni rupanya rasa sakit bersalin yg sebenar..masa abg hari tu sy dimasukkan ubat air apa ntah utk cepatkan bukaan..ada ubat apa ntah tapi bukan induce ye..just ubat apa ntah.. bukaan masa abg tu pun cepat jugak, ubat masuk pkl 6 abg kuar pkl 9..yg adik ni tak payah buat apa, bukaan mmg buka cepat dgn sendiri..takde amik ubat apa, pain killer pun tak amik..sy cuma tahan sakit guna gas ethonox tu je..

fuhh..Alhamdulillah, pengalaman bersalin kedua dua anak sy mmg mudah..terima kasih buat suami yg setia dan sentiasa ada di sisi semasa di labour room menemani sy melahirkan anak-anak..dan juga doa dan redha suami adalah pemudah segala urusan bersalin..

sekarang ni kami sedang menghabiskan pantang di kg..setakat ni sy dh rasa segar dh, luka jahitan kat bwh tu pun dh sembuh..yay..jahit? jahit jugak la walaupun tak gunting sbb sy terangkat punggung masa meneran nk kuarkan adik..tapi nasib baik 2 jahitan je..so sekarang ni sy dh blh buat kerja sikit2 mcm uruskan mandi, makan, rehat si abg..adik pulak tokma dia yg uruskan sbb mama dia ni takut nk uruskan adik yg masih lembut..nasib baik la hubs sy tu berani so bila dia blk, dia la yg uruskan adik..boleh la tokma rehat..

oh ya, pd sesiapa yg mintak no Ah-Fatt, nanti lepas sy abis pantang sy emailkn no Ah-Fatt ye..buat masa ni sy online guna handphone, tu pun sekali sekala sbb kat rumah ni bukannya guna unifi, streamyx je..

Thursday, 3 October 2013

breast pump: the thing that stresses me the most

Assalamualaikum semua..

ya Allah, we have about 6 weeks to go before the baby is out, but my obgyn said she could be out early because my first was born earlier than his expected due date..my obgyn said sometimes the first child is the indicator to how ur next child/childrens will be..

right now, there are still some stuff that we haven't bought like the breast pump and the tandem stroller..i wouldn't worry much about the stroller as we still have the MacLaren (which, hopefully, will be sold)..

i, however, am still worried about the breast pump thingy..i am not sure of what to buy..my hubs plans to buy a Medela Swing..we read reviews about it and most mothers/users said they are happy with it and that it is a good pump..and for someone whose milk supply isn't as rich as other mothers, i nees a pump thag can do wonders..and i also need a pump that offers convenience as to whenever and wherever i have to do my mummy job..so i think and based on the reviews that i read and heard, Medela Swing is the one..but of course la, if u could afford a Medela Freestyle, that would be even better..i think i can buy the Freestyle if i want to but then i have other financial commitments that i need to take care of (the car loan, duit kutu, hutang to my mum, my son's expenses, etc)..so it is better to gor for something cheaper but with good result..

some people asked why do i want to but a breast pump? why can't i use the one that i had before?
well, i had one and it was a Pureen manual breast pump..i didn't like that pump..milking/expressing was a pain and i stopped using it after few days..we bought it because it was the only pump that we could afford..u see, i was a homemaker/housewife when my first child was born..i didn't have an income..my hubs was the sole breadwinner and i wouldn't want to trouble him as he too had many things on his shoulders and being a good wife that i think i am, i didn't want to add more to it..and with him being the sole bread winner, i didn't want to ask stuff from him cause i know that there are important/high priority things that we can use that money for..so i told myself to just buy a cheap one..but i didn't expect it to be that painful..

and now that i am working, i think it is time to but a new breast pump that will do me good..but i am still undecided on which brand to buy..my heart thinks of Medela Swing..but my cousin suggested that Eve (can't remember its name)..a close friend suggested Rumble Tuff..

getting a breast pump is sure tough..leta juat hope that i will find a good one..

Sunday, 22 September 2013

monthly update: September

Assalamualaikum..


Ya Allah, rasa mcm dh lama bebenar tak update blog ni kan..

Kekangan masa, siang hari keja, mlm hari mcm biasa la dh blk rumah tu nk kena kemas rumah lagi (mainan anak teruna tu bersepah sana sini, time dia rajin dia kemas la lepas main tu tapi time dia malas dia biar je mainan dia sepah sana sini), nk settlekan laundry lagi, kemas baju lagi, masak lagi (hahaha, yg ni mmg tak la sejak preggie baby#2 ni, beli kedai je takpun hubs yg masak)..
Ni pun curi2 update blog, maklum la kan hari jumaat lunch hour pjg sikit..pastu ofis lengang sbb ramai lunch kat luar..sempat la curi2 update sbb bos takde..tak elok sungguh..updatenya hari jumaat, hari ni br sempat nk publish..entah kenapa payah nk open blogger kat ofis jumaat tu..makanya save kita draft kat word co je la..balk rumah baru publish ye..

Sebenarnya lama tak update blog ni sbb tak tau nk share psl apa..takde benda best pun yg terjadi, takde g mana2 best and takde buat apa2 yg worth sharing..and plus now that I am 33 weeks pregnant lagi la malas nk kuar nak buat itu ini..oh my, dh 33 weeks kan..cepat betul masa berlalu..

So far everything’s okay la..takde morning sickness, evening sickness pun takde..segala jenis sickness mmg takde..sama mcm masa mengandungkan si Firash tu..relax je makan itu ini, jalan sana sini..tau2 je berat dh naik berkilo-kilo, almost 20kg jugak la..nasib badan la..org seksa masa ngandung, ko seksa lepas bersalin, seksa nk buang blk kilo-kilo yg dikutip semasa mengandung tu..

Firash pulak, hmmmm makin manja..tapi kita faham la kan sbb dia nk dpt adik..mak bapak la yg kena bersabar melayan karenah si Firash tu..tak puas mandi nangis, nk susu pun nangis, nk tido pun nangis..bila masa la dia tak nangis..manja sgt2…kalo dh nangis tu siap guling2 baring atas lantai tu..air mata berjuraian..hadoi la anak teruna sorg tu..ini rupanya org tua ckp budak kalo nk dapt adik akan buat perangai..sabar je la..kita pun faham kan..dia budak lagi..Firash tu baru 2 thn lebih..bukannya reti nk meluahkan perasaan dia lagi..ntah2 kita dulu lagi teruk dr anak kita kan..

Baby’s doing okay..ada few brg yg dh beli, ada few brg yg belum beli lagi, ada brg yg guna pakai blk yg Firash punya..apa salahnya kan, kalo elok, guna je la, buat apa membazir..sekarang ni sy tgh review breastpump..sbb masa Firash hari tu pakai Pureen yg manual tu je..sakit wooo..pakai 2  3 kali mcm  tak jln je terus tak guna dh..lagipun masa tu sy tak bekerja so duit/budget kami mmg ciput je la, org kata beli brg asal ada je la..now that sy dh kerja ni, kali ni igt nk beli Medela Swing je..freestyle mahal bebenar (budget kurang okay sbb nk beli sendiri, sy taknak hubs belikan sbb kesian  la kat hubs tu semuanya dia kena beli, mau pokai dia silap2 lepas baby lahir nanti dia kena cari side income)..okay tak Medela Swing tu?

Lagi satu sy tgh review tandem stroller jugak..hubs berkenan Kolcraft Contour LT option..

 
source: google
harga? almost 2k jugak la..mahalnyaaaa..tapi disebabkan hubs kata dia yg belikan so sy okay kan aje..so sekarang ni tgh cari seller yg ada jual or amik pre-order stroller ni..payah jugak nak cari kat Malaysia ni..dh survey dh kat website Amazon, dpt la dlm 18++ sekali dgn shipping ke Malaysia..tgk la mcm mana..hubs kata biar dia settlekan yg hal stroller ni..eh jap, hubs br whatsapp ckp dia jumpa seller yg blh bagi 15++ siap shipping, tapi seller ni kat US..ermmmm..pastu hubs suruh sy fikir apa nk buat dgn stoller MacLaren Firash tu..kena let go la yg tu, takkan nk simpan kot..masalahnya nk let go kat mana? Kat sape? Adoi la..berat benar tugasan yg diberi..ada sape2 berminat tak? Kami nk let go murah2 je..dpt dlm 5++ okay la kan, kami beli Maclaren Techno XT tu bln 8 2011 dgn harga 1,1++..pakai baru 2 thn..takde la pakai lasak mana..selalu pakai kat shopping complex je pun..brg2 lain mcm travel cover, rain cover, stroller tag, and apa ntah lagi tu ada lagi dlm plastic, tak buka langsung..
gmbr dh lama, tapi mcm ni la rupa MacLaren tu..very helful and easy to handle..MacLaren kot...

sy memang sayang nk let go Maclaren ni tapi bila fikir blk, takkan la kami nk kena ada 2 bijik stroller..jenuh weh..Firash pulak jenis nk duduk dlm stoller je, jenis taknak berjalan kat tempat yg ramai org..jadi takkan la nk dukung adik je all the time..awal2 blh la kan, tapi bila adik dh besar nanti susah jugak..tu yg nk beli tandem stroller jugak..tandem je bukan twin yg side by side tu..

Eh, pjg pulak sy bercerita..
Sy smbung lain kali la ye..
Assalamualaikum..




Friday, 12 April 2013

baby no 2 ;)

Assalamualaikum everyone..

Hoping that you had a wonderful day yesterday and will have another on today..

My days were okay..i think la..byk benda yg jadi 2 3 minggu ni..tapi takde la teruk ke apa ke kan, cuma kejadian-kejadian tu membuat kita rasa letih je..apakah itu?

First thing first, Ahmad Firash is going to be a brother..
Alhamdulillah, dh rezeki kan..kami sekeluarga terima dgn hati yg terbuka..dan sykur ke hadrat Allah SWT, seperti pengalaman mengandungkan Firash, pregnancy kali ni pun (setakat ni la kan) berjalan dgn lancar..no morning sickness no nothing..cuma kdg2 tu rasa mcm loya tapi takdelah muntah, just rasa loya..cravings tu sentiasa ada...hahahaha..sebelum pregnant pun dh sentiasa ada, masa ngandung ni lagi la teruk craving ni..i am so thankful that i have no morning sickness..my cousins semuanya ada morning sickness yg teruk smpai takleh bgn, pagi ptg siang mlm asyik tak sihat je..

sy pulak, tak mcm diorg..sihat je..siap blh g shopping seharian, blh g zoo negara lagi tu..relax je kan..my gynae ckp morning sickness ke tak, semuanya bergantung kpd faktor keturunan..well, maybe jugak pembawakan baby girl atau boy, but the major contribution as to whether you have morning sickness or not is faktor keturunan, your genetic inheritance..if you mom had it, there's a higher chance you will have it too..as for me, mama sy tak pernah kena morning sickness, so i guess sbb tu la sy tak kena semua ni..and mama sy is the only one among her siblings yg takde morning sickness..even if dia ada pun, i know she will fight through it, she won't let it takes over her control of her body..my mum is a strong woman, a lot of things had happened to her but she stays strong smpai la sekarang..

i am happy i am pregnant with baby no 2, cuma yelah, sebagai emak ni, tipu la kalau sy ckp sy tak risau mcm mana agaknya penerimaan Firash nanti..Firash tu is a very pampered boy, tapi takdelah smpai tahap spoilt-brat tu..cuma manja dia tu mmg terserlah lebih2 lagi bila papa dia ada..mama dia garang sikit..risau tapi i believe that everything will be okay..

Firash is a good boy, has always been a good boy..tak pernah menyusahkan mama papa..kat nursery pun cikgu2 dia ckp mcm tu, cuma ckp jenuh nk layan dia sbb dia ramai peminat je la..hahahaha..tu lagi satu buat sy pening, kecik2 dh ramai peminat, mcm mana ni Firash..susah jugak kalo umur 2 thn dh ada peminat 2 3 org..apa nk buat kan, dh Firash tu putih gebu (putih gila kot, smpai mama dia ni pun kdg2 takut tgk tahap putihnya dia)..tapi yelah, dh Firash ni ikut mama dia, makanya putih mcm mama dia la..papa sy ada darah cina cina dan siam so his family members semuanya mmg putih2 la..but i think antara adik beradik sy, sy lah yg paling putih, kata papa, sy ikut arwah moyang sy yg mmg terkenal dgn tahap putih gebunya di kg..takpelah Firash, nanti kita g tankan diri sama2 ye..nasib baik la suara Firash kasar, takdelah jambu sgt kan..





perkara kedua yg buat sy pening, bilik server kat office terbakar teruk..(maaf, takde gmbr sbb masa g office tu ramai gila mat saleh-mat saleh2 dr HQ Australia duk berkumpul dpn bilik server tu, sy pun jadi takut nk snap a pic or two)..so buat masa sekarang ni kami semua kena work from home..tapi Alhamdulillah, they have found a temporary office, tapi kat PJ kot..jauh tu, dh la jauh, jln2 nk ke PJ semuanya terkenal dgn tahap traffic congestion yg sgt menyesakkan jiwa..sy baru je nk email bos, ckp blh tak nk wfh je smpai office Cyberjaya buka blk, bos dh antar email ckp transportation (bus) will be provided from CBJ-PJ..okay, lega sikit..tapi bus bertolak pukul 8 pagi dr CBJ pastu pkl 5ptg dr PJ..waaaa...sama je la..

takpe2 zurina..anggap je semua ini dugaan berkerja..at least, this brings colours to my mundane working life..think positive..inilah masanya nk belajar kerja kat office org lain..asyik office sendiri je kan..hahahaha..


let's hope for things to get better..in shaa Allah, dengan doa dan usaha semuanya akan berjalan dgn lancar..

Monday, 4 February 2013

Aleesya :)

Assalamualaikum..
we had a very adorable visitor/guest last Saturday.

baby Aleesya dtg melawat nenek dan atuknya..
kesian Aleesya, berjalan dlm cuaca panas..dh la rumah atuk/nenek menghadap matahari terbenam, lagi la panas..


but even with that, Aleesya is a good girl, never cried except when dia nk parents dia la.
thank you Aleesya sudi dtg jauh2..
semoga Aleesya membesar dgn sihat agar memberikan kebahagian buat ibu dan ayah ye Aleesya..
atuk/nenek harap Aleesya suka hadiah tu..atuk tu syg sgt kat ayah Aleesya..
mereka membesar sama2..susah senang sama2..
pergi kerja sama, monteng keja pun sama2..pendek kata dulu semuanya bersama..
dh kawen ni je kurang bersama, yelah masing2 ada keluarga sendiri, commitment sendiri..
atuk tu kalau psl ayah Aleesya mmg dia takkan berkira..syg benar kat ayah Aleesya tu..cuma dia tak tunjuk je..
sbb tu dia sanggup keluarkan sikit duit utk belikan Aleesya hadiah, walaupun tak semahal mana..
tapi cukup la agar dpt membuat ayah Aleesya gembira..
itupun atuk dh pilih dan survey elok2 dh..nk cari yg selesa, kaler pink, yg penting reversible handle so that Aleesya blh nmpk ayah ibu..
(it is advisable to look for stroller yg ada function reversible handle sbb newborn baby or baby yg still under 1 yr ni gayat, he/she needs to have his/her parents around baru rasa selamat..
kot beli yg takleh tgk parents, mcm stroller Firash tu mmg jenuh la..mmg Firash taknak duduk pun dlm tu masa dia kecik..ni dh besar baru okay..)
atuk nenek baru nak stabikan blk kewangan, selama ni gaji semuanya tu nenek belanjakan utk rumah, settlekan brg rumah..kalau Aleesya perasan (mmg tak la nenek oi, apa gila nenek ni nak suruh baby baru lahir perasan) rumah pun tak complete lagi kan Aleesya..jadi ni je la yg termampu, setelah ditolak ditambah dibahagi perbelanjaan bulanan..

atuk/nenek harap2 Aleesya pun gembira, nanti ibu ayah mesti gembira sama kan..

Saturday, 27 October 2012

KPJ Kajang Specialist Hospital


Assalamualaikum semua..apa khabar? 

last week Firash was admitted kat KPJ Kajang sbb lung infection..setelah berumah dan berkampung kat sana selama 4 malam, Firash dibenarkan keluar..Alhamdulillah, dia pun dh makin sihat dan breathing pun dh makin okay je..berkat dedikasi Dr.Mahani dan nurses, he was able to recover quickly..he's a strong boy who has strong will and determination (ini yg diorg yg ckp eh :))..

single standard room 556
cik Bila dh bosan
overall, the stay was okay, nothing bad and nothing extraordinary either. the nurses were very helpful and friendly tho at times they ignored us when we went to the nurses' counter..they were gentle when feeding Firash medicine and when giving him neb..the nurses at the physiotherapy 
 room were friendly tho they were a bit rough but i guess that how they do their work, right.
the chair that serves as the bed for papa Firash

Firash's pediatrician  was gentle and helpful..she explained everything that we needed to know and even everything that we asked..we will definitely come for her again..lagipun, KPJ ni semuanya senang, mudah, cepat, friendly dan boleh guna medical card (takyah byr cash yay)

the food, hmm, not so nice but okay la..makan je la pa yg ada kan..i mostly ordered white rice and fish Firash can eat those. yg lain tu mcm lauk utk org tua je. even the maternity food pun mcm biasa je. .

the bill? hmmm, dh nama pun specialists hospital kan so bilnya mmg tinggi la..i was shocked to see the bill, rasa mcm nak nangis pun ada...tapi nasib baik la ada GL from my husband's company so kami tak perlu byr apa pun..eh, actually kami kena byr rm181 utk chamber yg dipasang inhaler tu..but that was it la, yg selebihnya, yg ribu-riban tu company (atau insurance provided by the company) yg cover..
Alhamdulillah, ni yg sayang T-Systems sgt2 ni...siap pesan kat husband, jgn mengada cari keja kat company lain sbb benefits T-Systems mmg sgt best, mcm2 benefits ada bukan setakat medical je tau..payah nk cari company yg bagi benefits byk mcm tu...teeheehee



Tuesday, 23 October 2012

nights at KPJ Specialists Kajang

Assalamualaikum semua.
fuhh, we're finally home. after spending few nights at KPJ Kajang..

Ahmad Firash was admitted because of persistent fever and lung infection..patut la dia asyik demam je, rupanya he has lung infection yg mmg teruk..virus dlm darah dia pun agak tinggi, 50 when the normal is just supposed to be 5..haiyo, teruknya..thank God, we brought him to the hospital quite early or else he could be having difficult breathing or even asthma..so disebabkan Firash ni masih baby, bwh 2 thn la kan, Dr.Mahani wanted him to be warded to monitor him and allow her to give him proper treatment...kami setuju je sbb kami nak Firash sihat secepat mungkin..so we spend 4 nights there..4 jam sekali Firash kena makan ubat, amik neb, drip smpai 2 botol..kesian tgk dia nangis tanak mkn ubat tapi nk buat mcm mana..tahankan je la perasaan ni..one good thing about Firash is that dia sentiasa aktif bermain dan makan walaupun dia sakit..that eased my worries a bit la..dia pun selalu je borak2 (dlm bahsa dia la) dgn nurses tu, plg dia suka borak ialah dgn makcik janitor tu..ada je yg dia borak dgn makcik tu, makcikt tu pun lyn je la..

wayar dh berselirat dh sbb budak ni tido lasak




muka bosan sbb asyik2 kena amik neb je

setelah 4 mlm di sana, setelah Firash melalui 3 hari physiotherapy dan juga sedut kahak, setelah amik drh 2 kali, setelah 2 btl air drip, setelah countless amount of neb, Firash akhirnya dibenarkan pulang..now it's time to see his improvement at home pulak..hope all goes well..
ubat mkn/minum
nasal spray and 2 types of inhaler


thank you to those who visited and called, smsed..thank you to those who prayed and made doa..thank you for all the support..

insyaAllah, Firash will recover and be healthy again, with all the doas and hopes from all of u..

Saturday, 20 October 2012

baby's swimming diapers...

Assalamualaikum..

last week, Firash went to Sunway Lagoon kan..mandi manda..
we bought a swimming suit for him..beli yg murah je, beli Ogival je..
yg penting kainnya selesa dan ada uv protection..
selain dpd tu, ada satu lagi benda penting yg kami beli..ini yg plg penting utk parents with babies or small toddlers..
SWIMMING DIAPERS
 ya semua, apparently, we do have diapers yg digunakan utk tujuan swimming..this one, Huggies Little Swimmers is a disposable diapers..ada juga yg reusable diapers..tapi selalunya yg tu kena beli online..
kami cari swimming diapers ni dh lama, tak semua kedai atau supermarkert/hypermarket yg jual..kami cari kat jusco pun tak ada swimming diapers ini..nasib baik jumpa a day before ke Sunway Lagoon..phewww..

so for parents yg nk bw anak kecik mandi swimming pool, sila la beli diapers ni..mmg sgt berguna dan elok..
diapers ni mcm pull-up pants tau..senang utk dipakaikan si kecik tu..corak2 nya ialah corak binatang laut..
this diapers mmg ketat atau fit perfectly, air kencing takkan terkealur, even if si kecik poo-poo atau yakyak, sisa buangan tu mmg takkan terkeluar dr pampers..
satu lagi, swimming diapers ni tak mengembang..pampers/diapers biasa akan kembang, yelah, sbb the gel tu kan dh absorb air..kot la lagi lama dlm air, lagi kembang, lagi berat dan kembang la bontot anak kita..silap2 ada pampers yg terapung..swimming diapers ni tak serap air..

ini mmg terbukti..Firash ni lepas je keluar dr swimming pool dia terus tido, so sy tak sempat nk tukarkan pampers biasa..dia tido la pakai swimming diapers ni..sekali bila nk tukar baju dia, buka2 je pampers ni tgk air kencing dia dh bertakung..huhuhu..


if you are curious, you can read abut this diapers here, http://www.huggies.com.my/little-swimmers.aspx



swimming diaper ini sgt la penting..
kalo tak pakaikan the right swimming diapers, kesian anak kita nk mandi pun tak selesa..



Sunday, 22 April 2012

perasaan seorang ibu

assalamualaikum..

alhamdulillah, Ahmad Firash dh semakin membesar dengan sihat dari segi fizikal, mental dan yang lain-lain..
insyaAllah, bulan 5 ni Ahmad Firash akan melangkah ke usia 1 tahun..
dan bulan 5 ni jugak, mama Firash akan mula bekerja sebagai pekerja tetap..no more free-lancing and part-timing..wuwuwu..
dh kena kerja office hours from 9.00am to 5.30pm, every weekdays..nasib baik la kat cyberjaya, boleh la car-pool dgn mr.hubs bila dia dh start kerja normal office hours bulan 6 nanti..hehehe..dan boleh la lunch date dgn mr.hubs every once in a while..


syukur Alhamdulillah di atas rezeki ini ya Allah..sesungguhnya hanya Engkau yang mampu memberi kesenangan buat hamba-hambaMU.
Alhamdulillah, segala kerisauan tentang kewangan keluarga dh didengari oleh Allah..walaupun husband can  afford to settle all the monthly debts (car loan, housing loan, groceries, unifi, phone bills, astro, electricty bill, parents' loan, security fees, and other daily expenses) and we still have money to spend here and there and on this and that tapi still la, i want to help him..kita ni hidup sebagai isteri takleh la nak pentingkan kesenangan diri sendiri je smpai  nak biarkan suami je tanggung semua kesusahan..kalau dulu sebelum kahwin berjanji nak susah sama-sama, senang sama-sama, tapi bila dh kahwin buat tak tau je..tak elok la macam tu kan..sebab tu la, i tried my best to ease my husband's burden and help him in any way i could..Alhamdulillah, dgn gaji yang tak seberapa ni boleh la i cover mana yg patut mcm sambung byr loan DuBuK @ DeBiK tu, Firash's nursery fees (standard la kan harga kl kan, 280 okay), home bills and etc..
.
kerja baru akan start bulan 5 ni..i dh tak berada dlm profession pendidikan but i will never stop teaching..teaching is what i like doing the most..jadi i akan tetap mengajar sebagai tenaga pengajar sambilan..it's not about the money, it's about the excitement and satisfaction of being a teacher..sungguh, kepuasan mengajar tu lain dari yang lain..

terima kasih semua, husband tercinta, anak tersayang, my family = papa, mama, abg, bila, bibi, akim, my husband's family = abah, mak, kakcik, busu..terima kasih di atas sokongan, dorongan dan motivasi..terima kasih kerana tak pernah berputus asa dan sentiasa mempercayai diri ini..insyaAllah, bila dpt first paycheck nanti, zrin akan belanja dua org kekasih hati tercinta itu, dan juga family B (sebab diorg kat KL je kan)..second paycheck pulak akan digunakan utk membelanja my family yg berada nun di Kelantan itu..

dalam pada excited itu, it worries me to think of leaving Firash at the nursery..can he survive there? will he be okay? will he fit in? will he be treated and handled nicely? will they care for him and not ill-treat him? ya Allah, macam-macam kerisauan dan persoalan yang ada..tapi apakan daya, terpaksa juga tinggal dia kat nursery.. tak sanggup nak mintak mama jaga dia sebab nanti mama mesti suruh tinggalkan Firash dgn mama kat Kelantan, tu yg setuju je bila husband kata tinggal je la kat nursery kat row dpn tu..nak cari pengasuh mmg susah kat sini..memang tak jumpa la, kalau jumpa pun dia dh tanak amik budak dh sbb dia dh jaga ramai..wuuwuwuuwuu TT..risaunya la ya Allah..semoga Ahmad Firash sentiasa berada di dalam jagaan mereka yang baik ya Allah..semoga Ahmad Firash sentisa dilindungi olehMu dan disayangi oleh semua ya Allah..

Tuesday, 27 March 2012

Klinik Pakar Kanak-Kanak Dan Ibu Mengandung An Nur

assalamualaikum..


it's been awhile since i last updated this blog..
Firash dan papa sedang membelek toys
tak sempat, sibuk menguruskan Firash..dia tak berapa sihat last few weeks..mula2 demam tapi sekejap je..org tua kata dia demam sebab nk ringankan badan utk berjalan..lepas baik dr demam, dia cirit birit la pulak..tapi bukan kes yg smpai kena masuk hospital tu..dia kerap poopoo and his stool tu agak cair as compared to the normal ones..so  his father decided to go and seek consultancy from a child specialist..kami biasanya jumpa Dr. Saiful tapi masalahnya Klinik Pakar Kanak Kanak Dr. Saiful cuma buka pagi dan malam. the rest dia ada kat kpmc so agak susah la kan..sebenarnya bukan la susah mana cuma malas la nk kena hospital ni..

and so i googled info about the nearest child specialist clinic in kajang and came across Klinik Pakar Kanak-kanak dan Ibu mengandung An Nur .. husband cakap pergi je la sana sebab dia kan mana boleh tgk anak dia sakit sikit..i was a bit hesitant sebab dh biasa dgn Dr. Saiful but was okay for the sake of my son's well being..dan alhamdulillah, i like the clinic..


warm and comfortable environment
Klinik Pakar Kanak Kanak dan Ibu mengandung An Nur memang child-friendly and mother-friendly..ruang menunggu pun sgt luas dan selesa..everything is nice there..and most importantly the doctor is very nice and friendly..we met with a female Malay doctor yg sgt helpful dan baik..she gave detailed explanation of Firash's condition..rasanya ada la kot dlm 20 minit duduk kat dlm bilik rundingan tu..and the treatment fees pun biasa je, tak mahal dan tak murah but still affordable..we paid Rm75 for one medicine and also the consultation fees..okay kan? i can guarantee that you will like the place and the doctors. 
the spacious waiting area


another good thing that i like about this clinic is the operation hours..klinik ni buka everyday from 9 am to 9 pm except Saturday and Sunday la..and on Saturday pulak based on appointment..memang senang dan mudah for working parents..the doctors are always there, unlike some other specialist clinics. yelah, biasanya klinik pakar ni waktu operasinya ikut waktu pakarnya free..kalau pakar takde kat hospital, dia ada la kat klinik dia..


Firash pun suka klinik ni..he played around, goofing with the nurses and doctors. he liked it and so did we..


excited dapat main
aktiviti wajib..gigit menggigit
jadi utk parents yang tinggal dekat2 area kajang or bangi or putrajaya or balakong or serdang, u can come to Klinik Pakar Kanak Kanak dan Ibu Mengandung An Nur, at Reko Sentral, Jalan Reko Kajang..betul-betul depan Econ Save dan building sebelah Klinik Pergigian Dr.Leen..


Klinik Pakar Kanak Kanak dan Ibu Mengandung An Nur