first of all, saya memohon maaf sebab entri kali ini ditulis dalam BM dan BM saya agak bersepah..they say practice makes perfect ;)
tajuk macam aktiviti hebat padahal tak hebat mana pun..hebat jugak la sebab kami berjaya melawat KL BirdsPark tanpa budak 2 beradik ni buat perangai dan dalam keadaan cuaca yang tak menentu..hujung tahun kan musim tengkujuh, hujan sokmo..
last week, on the 9th, kami berjalan ke KL Birds Park..bawa budak 2 beradik ni jalan-jalan..sekali sekala bawa mereka mengenali alam semulajadi kan, takkan la nak pusing shopping kompleks je kan..buat menghabiskan duit je, nanti mesti ada terbeli itu terminat ini la..lagipun kebetulan cuaca hari tu panas, maka apa salahnya kita buat aktiviti luar..mak budak ni pun perlukan aktiviti bakar lemak ha..kiranya satu senaman la untuk maknya, turun naik bukit..
cantik kan burung merak ni? peramah pulak tu, tak takut manusia langsung..kita jalan sebelah pun dia tak heran..siap jalan seiring sejalan lagi..
burung-burung kat KL Birds Park memang tak takut manusia la..lagi datang dekat ada la..i guess inilah yatikan utama taman burung ni..
harga tiket untuk dewasa dalam rm25 (mykad) dan kanak-kanak rm12..mula-mula tu rasa macam mahal jugak, tapi bila dah masuk baru rasa macam okay harganya sebab taman ni memang besar dan burung sangat la banyak..memang patut la harga macam tu sebab nk cover segala macam kos kan..
KL Birds Park ni ada banyak zone..the first zone yg kita masuk ialah free-roaming zone..burung terbang, jalan, makan sebelah kita je..mula-mula tu takut jugak, dah banyak sangat jadi macam okay je..budak-budak memang suka kat sini sebab main kejar-kejar dgn burung..tapi biasa la, anak saya jenis lambat, budak 2 tu jenis observe dulu..dh lama baru nak kejar burung..
laluan jalan kat zone ni agak licin sebab selalu dibersihkan atas sebab-sebab hygiene..sana sini mesti ada sisa-sia buangan burung-burung tu..makanya kena berhati-hati bila berjalan..kat sini ada kiosk makanan ringan, tapi kiosk ni pun byk burung melepak..so orang beli makanan, makan somewhere nearby ditemani burung yang sibuk nak sikit makanan kita..
the next zone ni kawasan burung yang dalam cage..ada hornbills, ostrich, parrots, owls, etc..monyet pun ada..
mula-mula terkejut jugak tgk monyet lepak kat tepi burung..tapi dh burung tu buat tak tau, kita pun buat tak tau je la...
cuma yg bagusnya zone ni agak bersih la sebab burung semua dalam sangkar kan....they do their business inside their cages la kan..teehee..they also have educational center, photobooth, a small kiosk and even a restaurant..photobooth kat sini lagi besar dr yg kat zone mula-mula..tapi harga pun lagi mahal..
perkara paling penting kalau nak datang, sila lah pakai pakaian dan sepatu yang bersesuaian..KL Birds Park ni terletak kat lereng bukit..jalan pun ada yang licin..lupakanlah high heel bagai..saya pakai sandal je, husband pun pakai selipar biasa je..kaki pun tak sakit nak turun naik bukit..tapi letih jugak la nak menolak stroller gedabak tu ha..
walaupun letih, saya rasa berbaloi sebab budak 2 beradik tu happy berlari sana sini, muka kagum tgk burung..
kanak-kanak mesti suka..