this is a long overdue entry..entah kenapa macam tak tersudah-sudah entri ni..
i have people asking about the meaning behind my kids' name..kadang saya ingat maksud nama mereka, kadang tak pasti..teehee
Ahmad Firash: hamparan yang terpuji/pujian yang meluas..
sebenarnya kami ingtakan Firash bermaksud yang tajam akal tapi itu ialah maksud bagi Firas..kami memilih nama Firash sebab memang berkenan maksud ketajaman akal..bila dah mendaftar nama baru tau yang ada maksud lain..ada yang berkata Firash bermaksud hamparan..tapi mengikut kata abang ipar husband (dia belajar sekolah arab, belajar kat sana), maksud Firash bila digabungkan dgn Ahmad ialah hamparan pujian yang meluas..maka bila digabungkan masih membawa maksud pengertian yang elok..
Fatinah Zainab: haruman yang mengagumkan..
Fatinah bermaksud yang bijaksana, mengagumkan, menarik perhatian..Zainab pula nama puteri Rasulullah s.a.w, ia juga nama sejenis pokok yang harum dan wangi..
saya percaya kita sebagai ibubapa inginkan nama yang terbaik dan yang sesuai..moden atau klasik, asalkan bermakna dan bersesuaian sudahlah..