Sunday, 29 September 2013

Amalan ketika mengandung

Assalamualaikum semua.. 

entah kenapa, mak buyung ni tiba2 rajin pulak nk update blog.. hahaha, ada sebabnya ni, sebabnya si hubs tu asyik perli je ckp dh lam tak baca blog la itu la ini la.. yelah yelah, nk update la ni.. tapi masalahnya tau tau nk update/share pasal apa..

seriously, life has been all the same..same old routine day in and day out.. cuma sekarang kena rajin mkn ubat la..byk pulak..and now that the baby is 34 weeks old, i never forget to drink goat's milk and also air Musoffa everyday.. goat's milk tu takde la yg pure susu kambing yg diperah dr kambing..kalo yg tu, mmmg tak minum la kan..susu kambing yg sy minum ni yg susu hi-goat je.. boleh la kan, minum jugak dr tak minum..demi anak sy teguhkan juga ketahanan diri, paksa jugak diri utk minum..


Alhamdulillah, sekarang ni dh blh minum dgn jayanya, itu pun bercicahkan 2 3 keping biskut.. hubs kata takpelah, minum jugak dr tak minum langsung.. kenapa sy minum susu kambing? sbbnya mama sy ckp susu kambing elok utk mencegah jaundice/kuning..sepupu2 sy pun ramai yg mengamalkan minum susu kambing semasa mengandung, Alhamdulillah anak mereka tak kena kuning pun, okay maybe ada la sikit tapi takdelah smpai kena tahan kat hospital. dan sy pun berani nk mengaku ianya membantu mencegah kuning berdasarkan pengalaman anak pertama sy..Firash takde kuning pun masa lahir, ada sikit je tapi pada tahap yg tak merisaukan..masa ka hospital, dia selalu duduk dlm bilik sy je, takde pun kat nursery..nurse ckp takpayah letiak nursery sbb dia sihat.. parents newborn yg lain terpaksa ke nursery nk tgk anak mereka..kesian kan.. ada jugak yg ckp, baby of parents with blood type of O ke O+ ke O- (ada ke O-) has a higher chances of getting jaundice. sy B+, husband pun sama rasanya.. tapi kan wallahualam la..ini semua kuasa Allah..kdg2 tu kita cuba mcm mana pun, ketentuan itu dtg dr Allah.. 


air Musoffa tu ada kwn hubs yg pesan..dia cerita pengalaman dia la, ada perbezaan perangai anak2 dia.. blh baca lebih lanjut di sini http://zurinslalaland.blogspot.com/2011/10/air-musoffa.html
yg first mendengar ckp, yg second tak langsung..katanya dia suruh wife dia minum air musoffa semasa mengandungkan yg first tu, berdoa pada Allah..anak kedua dia lupa nk pesan katanya.. hubs pun apa lagi, dia suruh sy amalkan la..tak salah katanya, sbb kita berdoa memohon pada Allah jugak.. sy suka minum air Musoffa ni, sejuk je..bau pun wangi.. sy dh amalkn untuk anak pertama, yg kedua ni pun sy smbung amalkan.. kita berusaha, berdoa pd Allah.. 

kami suami isteri mengambil contoh anak pertama kami..so far mmg senang nk jaga Firash..dr lahir smpai sekarang tak byk ragam..tak bgn tgh malam, tak suka menggigit (dia kena gigit kat taska baru2 ni), ckp pun lemah lembut (manja pun ye jugak), sekrang ni dia mmg suka tgk Indahnya Iman Astro Oasis..Alhamdullilah, dia blh la berzikir sikit2 (dlm bahasa dia la)..kalo dgr azan berkumandang dia dh tak tentu arah, cari punca azan tu sbb nk tgk, siap azan sekali tu.. sebab tu la kami cuba amalkan apa yg kami amalakn utuk anak pertama..contoh dh apa depan mata kan.. 

apa yg baik kita ikut la, mana yg tak elok kita tinggalkan..apa salahnya kita berusaha untuk kebaikan, yg penting kita dh berusaha sedaya upaya..keputusannya nanti biarlah Allah yg tentukan..

1 comment:

si peri peri said...

Totally agreed. Amalan semasa kita mengandung tu byk mempengaruhi anak kita bila dia dh deliver. Aqif pon sama. Suka dengar org azan and indahnya iman kat astro oasis tu. ZIkir2 apatah lg. Bila dengar terus dia diam, kusyuk. Subahanallah. Paling kelakar lepas azan kat astro oasis tu kan ada keluar Asmaul Husna. Then bila Asmaul Husna tu habis je, dia nangis sebab dia nak dengar lagi. Ya Allah.